Sunday, August 29, 2010

belajar mengenal nombor dan belajar membaca

salam malam,
dah beberapa hari danish aktif meneruskan sistem homeschool,
cuma ibu cuba pelbagaikan kaedah mengajar mengikut minat danish..
yela kalau dia rasa bosan,tentulah mood belajar tu akan jadi macam malas je bagi dia kan..
so ibu..tak nak dia stress dan ibu pun turut stress juga..
dah 2 hari..ibu tak ajar cara suasana macam sekolah sangat..
so..ibu ajar dia secara sesambil main je..
dan ibu mula memperkenalkan danish dengan block2 1-10..
nombor nombor yg ada disuaikan kedalam acuan(ape benda tu ibu nak cakap pun tak tau ape nama)


dulu dia belajar menghafal saja..
sekarang dia dah mula nak mengenal nombor nombor tu..
tu pun ibu baru kenalkan dia secara rutin..bermula 1-5 dulu..
alhamdullilah dia dah mula kenal rupa sebenar nombor yg selama ni dia hafal.

kadang kadang budak budak ni dia cepat jemu..
jadi ibu cuba mengajar secara rilek2 je.
sebab ibu tengok danish ni mungkin dia tak de kawan kan..
dia jadi cepat bosan..
jadi kena buat secara sambil sambil main je.
bila dia belari lari tu kan..ibu suruh dia cari nombor 5..
dia pun bawak la no.5..
biarlah dia belajar cara macam tu dulu.
bila sampai masa nya ibu akan buat lebih lagi!

BACALAH ANAKKU:
belajar bacalah anakku berjalan seperti biasa..

dia dah betul betul kenal huruf vokal..A..I..U..

latihan diluar pulak..ibu rasa ada peningkatan..
bila berjalan dipasaraya dia dah mula tunjukkan ibu..
"ibu...tu A(aaaa)..tu i(iiiiii)..tu  u(uuuu)"
tanpa disuruh..jadi dia dah kenal dan cam huruf tersebut..buat ibu rasa syok pulak..
cam berbaloi je!hehhe

dan aktiviti ini..yang kami buat selepas n3 sebelum ni..
n3 yang danish belajar menggunting tu..
dan dia mula menampal keratan keratan ni yang kami ambil dari iklan pasaraya..
(dulu ibu selalu buang je..tapi rupanya amat bermanfaat)


dan kami lekatkan di atas kertas warna..
kemudian ibu tulis, merujuk kepada gambar tersebut..didalam b.m dan b.i
yang bestnya dari gambar  iklan ni danish boleh lihat gambar gambar sebenar seperti udang,bawang,ayam  dll.
lepas tu ibu,menunjuk kan satu satu kad tersebut dan bertanya kepada danish.
dia nampak sangat berminat dan rajin nak menyebut.

notaibu:bagi ibu setiap anak ni tak sama cara mendidiknya,yang penting kena kenali dan cuba pelbagai cara untuk mendapat hasil yg kita mahukan.berbanyak banyak terima kasih kepada mamahomeschool dan ibu ibu yg berhati waja..yg telah memberi inspirasi dan teknik terbaik mengajar anak dengan pelbagai cara..sangat kagum dengan usaha mereka.


No comments: