Saturday, September 4, 2010

latihan mengeja dan membaca kaedah siri bacalah anakku

alhamdullilah bersyukur kepada allah..
kerana ibu masih diberi kesempatan belajar dan mengajar danish ..
perasaan ibu berbagai bagai..mulanya ada jugak rasa tension tapi..ibu tangani dengan tenang..
 itupun berkat sokongan ayah dan kak mahani @mamahomeschool
semoga allah sentiasa memberi petunjuk kepada ibu..amin..

danish seperti biasa belajar membaca melalui buku bacalah anakku..(buku 1)


ni ibu gugel je..sebab nak upload pic ibu..sangat la lembab..
(kepada ibu ibu yg nak gunakan kaedah ni boleh la..search)

ibu belikan set bacaan ni,sempena harilahir danish yg pertama..termasuk juga alfurqan,ibu ajarku jawi dan read english..
ibu ada bertanya kakak ibu..pendapat dia tentang set ini..
bagi dia amat susah nak ajar anak dia..
dan ada pendapat- pendapat dari orang lain..juga jawapan yg sama..
oleh kerana ADA..
ibu cuba juga ajar danish..supaya tak jadi tukun set2 tersebut..
alhamdullilah..bagi ibu..pencapaian yang amat membanggakan setakat ni..
beberapa minggu danish belajar..
dia dah kenal a,i,u,k,m,n,t semuanya secara sebutan..
a...aaa
i..iiii
u..uuu
k..keh
m..emmm
n..ennn
t..tehhh

dan bila dia nampak huruf tersebut dimana mana..di tv..di majalah ibu,di pasar..dia dah kenal dan menyebut dengan riangnya..jadi ibu rasa danish sesuai dengan cara ini..harap set ini dpt membantu danish membaca .ibu jugak main- mainkan flashkad supaya danish betul betul kenal dan ingat..dan latihan menyebut selalu ibu biasakan danish walaupun sambil dia bermain.

klik SINI untuk lihat danish berlatih menyebut :




Sunday, August 29, 2010

mari belajar mengaji di tv9

dah 2 malam..
ibu mulakan membuka rancangan ulangan di tv9.
MARI MENGAJI

kalau nak ikuti rancangan ni di tv..
ibu selalu keciciran..jadi ibu buka catchuptv di tv 9.
mari mengaji dengan ustaz zambri..
buat masa ni nampak anak ibu macam happy je belajar dengan kawan kawan ..
walaupun kawan kawan di dalam tv..danish pulak di luar.
mungkin dia rasa cam ada dikelas bersama budak budak tu kot!heheh
ibu buka dan keesokkannya ibu ulang pembelajaran yg sama juga.
selepas tu baru bukak episod yang baru.
sistem ustaz zambri ajar mengenal 1 persatu huruf hijaiyah
bagus jugak lah..sebab danish belajar alfurqan menggunakan kaedah sebutan..
haraf dia faham dan balanced..hehhehe..
ibu pun turut ikut..semasa ustaz zambri mengajar..sebab nak bagi danish MINAT..

notaibu:bila memalam danish dah mula tido..ibu pun layan la MARI BERTARANUM..sesambil belajar ibu juga buat nota.seronok tengok bacaan taranum...insyallah kalau ada peluang.ibu nak hantar danish belajar bertaranum.semoga hajat ibu dimakbulkan allah.amen!


belajar mengenal nombor dan belajar membaca

salam malam,
dah beberapa hari danish aktif meneruskan sistem homeschool,
cuma ibu cuba pelbagaikan kaedah mengajar mengikut minat danish..
yela kalau dia rasa bosan,tentulah mood belajar tu akan jadi macam malas je bagi dia kan..
so ibu..tak nak dia stress dan ibu pun turut stress juga..
dah 2 hari..ibu tak ajar cara suasana macam sekolah sangat..
so..ibu ajar dia secara sesambil main je..
dan ibu mula memperkenalkan danish dengan block2 1-10..
nombor nombor yg ada disuaikan kedalam acuan(ape benda tu ibu nak cakap pun tak tau ape nama)


dulu dia belajar menghafal saja..
sekarang dia dah mula nak mengenal nombor nombor tu..
tu pun ibu baru kenalkan dia secara rutin..bermula 1-5 dulu..
alhamdullilah dia dah mula kenal rupa sebenar nombor yg selama ni dia hafal.

kadang kadang budak budak ni dia cepat jemu..
jadi ibu cuba mengajar secara rilek2 je.
sebab ibu tengok danish ni mungkin dia tak de kawan kan..
dia jadi cepat bosan..
jadi kena buat secara sambil sambil main je.
bila dia belari lari tu kan..ibu suruh dia cari nombor 5..
dia pun bawak la no.5..
biarlah dia belajar cara macam tu dulu.
bila sampai masa nya ibu akan buat lebih lagi!

BACALAH ANAKKU:
belajar bacalah anakku berjalan seperti biasa..

dia dah betul betul kenal huruf vokal..A..I..U..

latihan diluar pulak..ibu rasa ada peningkatan..
bila berjalan dipasaraya dia dah mula tunjukkan ibu..
"ibu...tu A(aaaa)..tu i(iiiiii)..tu  u(uuuu)"
tanpa disuruh..jadi dia dah kenal dan cam huruf tersebut..buat ibu rasa syok pulak..
cam berbaloi je!hehhe

dan aktiviti ini..yang kami buat selepas n3 sebelum ni..
n3 yang danish belajar menggunting tu..
dan dia mula menampal keratan keratan ni yang kami ambil dari iklan pasaraya..
(dulu ibu selalu buang je..tapi rupanya amat bermanfaat)


dan kami lekatkan di atas kertas warna..
kemudian ibu tulis, merujuk kepada gambar tersebut..didalam b.m dan b.i
yang bestnya dari gambar  iklan ni danish boleh lihat gambar gambar sebenar seperti udang,bawang,ayam  dll.
lepas tu ibu,menunjuk kan satu satu kad tersebut dan bertanya kepada danish.
dia nampak sangat berminat dan rajin nak menyebut.

notaibu:bagi ibu setiap anak ni tak sama cara mendidiknya,yang penting kena kenali dan cuba pelbagai cara untuk mendapat hasil yg kita mahukan.berbanyak banyak terima kasih kepada mamahomeschool dan ibu ibu yg berhati waja..yg telah memberi inspirasi dan teknik terbaik mengajar anak dengan pelbagai cara..sangat kagum dengan usaha mereka.


Tuesday, August 24, 2010

fine motor skill




artikel ini ibu ambil dari mamahomeschool..
dan ibu minta izin copypaste artikel ini.
semoga dapat dipraktikkan bersama..

Fine motor skills require movement of small muscles, usually in co-ordination with the eyes, but also include movements of the tongue and lips, wriggling of the toes and foot-eye co-ordination.
They are often for communication purposes, both functional and expressive, e.g. writing or typing text, manipulating tools or creating works of art.
Between the ages of three and five children usually make rapid progress in developing fine motor skills and manual dexterity. However, these skills still require time, patience and plenty of practice. Fine motor skills include:

  • Ocular motor control – the ability of the eyes to follow and focus on an object in the field of vision as required.
  • Hand-eye co-ordination – the ability to execute activities with the hands, guided by the eyes requiring accuracy in placement, direction, and spatial awareness.
  • Foot-eye co-ordination – the ability to execute actions with the feet, guided by the eyes.
  • Manual dexterity –the ability to accurately manipulate the hands and fingers for neat handwriting, drawing, typing skills etc.
  • Stereognosis – the ability to recognise unseen objects using the sense of touch.
  • Tactile perception – the interpretation of information transmitted via the fingertips to the brain.

In order for children to develop good fine motor skills, there are also other supporting skills that need to be well-developed. For instance children need to have strength and dexterity in their hands and fingers before being required to hold a pencil correctly and begin writing activities. This can help avoid incorrect pencil grips.

Developing Fine Motor Skills

No matter how proficient your child is at any given skill, always encourage and motivate her with plenty of positive reinforcement for her efforts.
Remember, that each individual has their own unique strengths and weaknesses. I believe that in life, we all need to learn to improve our weak areas to an acceptable standard, compensate for them where necessary while focusing on, developing and enjoying our strengths and talents.
No one is good at everything. The object of these stimulating activities, is to help your child develop each area to her unique potential, not to over-stimulate or try and develop super-babies!
The following are suggestions of activities you can do with your child to develop fine motor skills. They are aimed at 3-5 year olds, but since this is a wide range, you should adapt them according to your child's proficiency.


1. Manipulation activities:

Playing with playdough
1.1 Manipulating playdough: rolling it into small balls, long rolls etc. (Playdough Recipe)
1.2 Tearing paper into fine strips – use them for collage or crumple them into balls.
1.3 Screwing up whole pieces of newspaper in one hand at a time to develop strength.
1.4 Threading beads or macaroni onto string.
1.5 Lacing activities.
1.6 Cutting out with scissors, using the correct grip.
1.7 Manipulating clothes pegs to pick up small objects.
1.8 Performing fingerplays.
1.9 Preschool Sewing Activities are an excellent way to develop fine motor skills.


2. Sensory activities

2.1 Finger painting or manipulating other liquids with the fingers and hands e.g. slushy mud, tomato sauce (ketchup) on a plate
2.2 Picking up small objects with the fingers, like pegboard pegs, rice grains etc.


3. Activities to develop stability

3.1 Wheelbarrow walking, crab walking, hanging on playground apparatus to develop strength of the upper body.
3.2 Working on a vertical surface such as a blackboard or easel which requires the wrist to be bent back is good for developing fine motor skills.
An upright surface encourages a stable wrist position to develop good thumb movements, strengthen fine motor muscles and encourages the use of both the arm and shoulder muscles.
If you don’t have a blackboard or easel, tape some newsprint to the wall and have your child draw and scribble on that.
Let her draw large circles, using each hand respectively. Let her draw lines right across the sheet from top to bottom, diagonally and horizontally in both directions, using each hand respectively.



dan hari ini juga danish mula diajar salah satu skill diatas.ibu mula mengajar danish
cara cara menggunakan gunting,menggunting garisan lurus,menggunting straw(mengikut tanda yang teah ibu buat)dan menampal objek objek yang ibu gunting.
oleh kerana ibu hanya ada sebatang straw,jadi ibu gunakan cara memotong mengikut garisan,sebelum itu ibu tandakan garisan diatas kertas warna dan mula mengajar danish menggunting.



danish mula menggunting
sebelum itu,ibu ajar danish memegang gunting dengan cara yg betul,
berhati hati supaya tidak tergunting jari dan benda benda yg tak sepatutnya digunting.sebab inilah pertama kali danish menggunakan gunting.jadi ibu perlu awasi danish hingga dia benar benar mahir.

dan danish menggunting mengikut garisan lurus



notaibu:ibu mula mengajar skill ini untuk danish mula belajar menggunting bagi memulakan aktiviti akan datang yang memerlukan danish menggunting bahan pembelajaran seterusnya.dan skill menampal turut ibu ajarkan kepada danish menggunakan gam dan masih belum mahir sepenuhnya.alhamdullilah hari ini danish dah mula menggunakan gunting dan nampaknya dia faham cara dan risiko menggunakan gunting ini.nampaknya dia lebih berhati hati takut terguntingkan jari jari dia.dan bila ayah balik danish teruja nak tunjukkan pada ayah yang danish dah boleh menggunakan gunting!

bacaan ALFURQAN dan BACALAH ANAKKU

alhamdullilah..
hari ini aktiviti homeschool ibu bermula seperti biasa.
danish memulakan homeschool selepas solat maghrib berjemaah dengan ayah..
bermula dengan bacaan AL FURQAN..
danish dah diajar dan mula mengenal huruf MIM,BA,DAL,NUN,ALIF, sebutan diatas
setiap hari ibu ajar danish sebutan dan mengenal huruf tersebut..
dan mula membaca dua suku kata seperti MANA..dan beberapa sebutan lain..
setakat ni danish dah kenal huruf huruf tersebut walaupun ditempat yang lain.
tujuan ibu untuk danish betul betul kenal huruf itu walau dimana pun huruf tu diletakkan.

dan selepas itu,danish akan belajar membaca menggunakan buku bacaan 
BACALAH ANAKKU
setakat ini ,ibu ajar danish mengenal sebutan dan mengingat a,i,u..dan sebutan n(en)
setakat ini danish juga sudah mengenali huruf tersebut dan menyebut secara sebutan.
cara ibu untuk buat danish ingat dan faham..
ialah menunjukkan huruf itu dimana mana supaya danish betul betul kenal dan ingat.
disamping menggunakan kaedah flashcard


notaibu:dari pengamatan ibu,pembelajaran ini haruslah dipraktik kan setiap hari,kerana kanak kanak seperti danish mudah ingat dan juga mudah lupa.jadi ibu jadikan bacaan alfurqan dan bacalah anakku secara ulang dan ulang supaya danish sentiasa ingat dan kenal sampai bila bila.
dan bila danish mula mahir dengan sebutan sebutan tersebut.ibu akan mengajar sebutan yang baru kepada danish.





Friday, August 20, 2010

ibu merasmikan pembukaan blog catatan pembelajaran danish

assalamualaikum..
ibu ingin bersyukur kepada allah kerana telah mempertemukan 
dan membuka pintu hati bertemu dengan blog ibu ibu yang telah memberi inspirasi
buat ibu..bagi memulakan pembelajaran kepada danish secara homeschool..yang lebih bersistem..
sebelum ni, memang danish didedahkan dengan pembelajaran juga..
melalui bahan bahan bacaan yg telah ibu belikan..
serta latihan mengenali  objek objek sekeliling..
tetapi pembelajaran yg tidak bersistem..
mungkin ibu juga agak ketinggalan setelah ibu amati blog ibu ibu lain yang sudah sangat 
buat hati ibu jadi kagum..
mereka berusaha bersungguh sungguh..tanpa jemu..
bukan mudah kan?..
tapi ibu berazam untuk buat yg terbaik untuk anak ibu...
ibu akan cuba menggunakan pelbagai teknik supaya anak ibu pandai membaca..menulis..mengira
sebelum mula kesekolah..insyallah..

ya allah kau bantulah aku..dan rahmatilah usaha ku..kau terangkan hati anakku..
agar dia berjaya di dunia dan akhirat...amen..

nota:alhamdullilah danish setakat ni dah pandai membaca dan mengenal beberapa huruf hijaiyah,huruf rumi,menghafal a-z..membaca one-ten..dan dalam usaha membaca surah surah lazim.
semoga allah membuka pintu hatiku juga untuk terus berusaha tanpa jemu..amin.terima kasih kepada mamahomeschool yg telah mencetuskan inspirasi kepada ibu..membuka ruangan ini.semoga kita semua dapat berkongsi info untuk pendidikan anak anak..

DAN PESANAN UNTUK ANAK IBU:

belajar lah bersungguh sungguh untuk berjaya didunia dan akhirat..
semoga allah sentiasa merahmatimu...
jika ibu pergi..
jadikanlah ini sebagai suatu kenangan dan manfaat kan lah setiap apa yg telah kita pelajari
sepanjang kita bersama...

IBU SAYANG DANISH DUNIA DAN AKHIRAT