Tuesday, August 24, 2010

bacaan ALFURQAN dan BACALAH ANAKKU

alhamdullilah..
hari ini aktiviti homeschool ibu bermula seperti biasa.
danish memulakan homeschool selepas solat maghrib berjemaah dengan ayah..
bermula dengan bacaan AL FURQAN..
danish dah diajar dan mula mengenal huruf MIM,BA,DAL,NUN,ALIF, sebutan diatas
setiap hari ibu ajar danish sebutan dan mengenal huruf tersebut..
dan mula membaca dua suku kata seperti MANA..dan beberapa sebutan lain..
setakat ni danish dah kenal huruf huruf tersebut walaupun ditempat yang lain.
tujuan ibu untuk danish betul betul kenal huruf itu walau dimana pun huruf tu diletakkan.

dan selepas itu,danish akan belajar membaca menggunakan buku bacaan 
BACALAH ANAKKU
setakat ini ,ibu ajar danish mengenal sebutan dan mengingat a,i,u..dan sebutan n(en)
setakat ini danish juga sudah mengenali huruf tersebut dan menyebut secara sebutan.
cara ibu untuk buat danish ingat dan faham..
ialah menunjukkan huruf itu dimana mana supaya danish betul betul kenal dan ingat.
disamping menggunakan kaedah flashcard


notaibu:dari pengamatan ibu,pembelajaran ini haruslah dipraktik kan setiap hari,kerana kanak kanak seperti danish mudah ingat dan juga mudah lupa.jadi ibu jadikan bacaan alfurqan dan bacalah anakku secara ulang dan ulang supaya danish sentiasa ingat dan kenal sampai bila bila.
dan bila danish mula mahir dengan sebutan sebutan tersebut.ibu akan mengajar sebutan yang baru kepada danish.





No comments: